The Web Ask Dave Taylor

[TENTANG MUKHLIS]

Mohd faidullah bin siddek nama yang diberikan oleh orang tuaku sebagai anak bongsu dari 7 adik beradik. Bermula di sk tanjung batu ke smk kuhara dan seterusnya ke universiti Malaysia sabah, pendidikan dalam remajaku sudah kutamatkan….alhamdulillah…Ijazah sarjana muda kewangan islam telah ku miliki jua... aktif mengikuti pertandingan akademik seperti forum remaja, debat juga kadet yang ditauliahkan sebagai leftenan muda adalah bukti remajaku tidak disia-siakan. Rasa keyakinan terhadap diriku bertambah dengan aktiviti sebegitu. Aku mengharapkan kelak untuk tidak terbang ke langit menjadi bintang…tidak jatuh ke bumi menjadi berlian…tapi menjadi angin yang berjasa untuk semua kehidupan…dalam konflik pekerjaan yang berlaku hari ini,aku redha jika ijazahku tidak selari dengan kerjaya yang dimiliki kelak…yang penting ijazah tue adalah bukti sesungguhnya pendidikan lebih berharga dari harta...Rezeki tue tuhan yang berikan…di usia yang sudah melepaskan dunia remaja,status bujang atau jomlo bukan sesuatu yang janggal bagiku. wanita adalah lemah,perlukan hati seorang lelaki yang kuat dan setia untuknya. Angka usia ku belum bersedia untuk itu....juga tuk bercinta monyet haha…Maka keutamaanku untuk mendapatkan kerjaya adalah jaminan untuk berumah tangga. Betul atau tidak?Jika ada jaminan, wanita semuda mana pun (cukup syarat) sanggup untuk diperisterikan ,janji punya jaminan tuk disayangi,dilindungi dan dicintai sepenuh hati. Maka dapat kusimpulkan cinta bukan untuk wanita. perlu untuk aku mencintai diri sendiri agar dapat mencintai semua kebahagiaan yang wujud....Aku khilaf pada diriku, kuharap kesilapan dapat menjadikan aku lebih dewasa dan terus dewasa…mendekati dan menjauhi siapa rakan dan siapa lawan...aku mendambakan sahabat-sahabat yang setia di samping keluarga tersayang tuk mewarnai dunia yang kosong jiwanya tanpa mereka disisi…Aku suka Melihat Detik keagungan yang perlu aku contohi…Melihat Detik keruntuhan yang perlu aku insafi…dan…Bermuhasabah diri untuk menilai apa yang berlaku…makanya…jika menonton drama di kaca tv…sama ada komedi, seram, cinta atau sedih…tema dan pengajaran yang perlu kita cari…aku menghormati orang lain…Banyak cara untuk manusia dihormati…kerana pangkat…kerana darjat keturunannya…dan usianya…tapi manusia yang lebih baik untuk dihormati adalah kerana ilmu yang dimilikinya…Pangkat,darjat,usia masih belum dapat menilai mana yang baik mana yang buruk membuatkan yang menghormatinya itu hipokrit dan tidak ikhlas menghormatinya…tapi orang yang berilmu sentiasa baik dan betul membuatkan yang menghormatinya itu ikhlas melakukan apa saja untuk dirinya……

Sabda Rasulullah s.a.w “jika kita inginkan dunia, mestilah dengan ilmu…jika kita inginkan akhirat, mestilah dengan ilmu dan jika kita inginkan kedua-duanya...mestilah dengan ilmu….’’