The Web Ask Dave Taylor

Tuesday, February 22, 2011

Wednesday, February 16, 2011

WASIAT WAK TEMAH

(Gambar hiasan)
Setelah beberapa hari ditempatkan di wad ICU, keadaan Mak Temah mula beransur stabil. Keesokan harinya beliau dipindahkan ke wad biasa, tetapi peralatan pernafasannya masih belum ditanggalkan.Tok Ketua bercadang untuk melawat Mak Temah yang merupakan salah seorang kariah mukimnya.
Bersama isterinya Bedah, Tok Ketua ke hospital lewat petang itu untuk menziarah jirannya itu.Mak Temah kelihatan amat lemah tetapi masih dapat mengenali tetamu-tetamunya. Dia memandang ke wajah Mak Bedah dengan mulut yang terkumat kamit.Mak Bedah mendekati Mak Temah sambil mendekatkan telinganya ke bibir beliau.Tok Ketua yang berada di sisi katil sebelah lagi juga turut mendekati bahagian kepala Mak Temah.Tetapi, tiba-tiba Mak Temah mengalami sesak nafas dan dadanya berombak-ombak turun naik.Dalam keadaan kelam kabut itu, Tok Ketua terlihat tangan Mak Temah seolah-olah meminta pen dan kertas. Kebetulan Tok Ketua menyimpan beberapa helai kertas kecil di dalam saku koceknya dan dengan segera menyerahkannya kepada Mak Temah.Tentunya Mak Temah mahu menulis wasiat, getus fikirannya.

Nafas Mak Temah semakin sesak dan akhirnya terhenti setelah beliau menuliskan ayat terakhirnya. Menghormati jenazah, Tok Ketua tidak mahu membaca wasiat itu di depan arwah Mak Temah. Keesokannya setelah jenazah disempurnakan, barulah Tok Ketua memanggil kesemua waris Mak Temah dan menyatakan Mak Temah sempat menuliskan wasiat untuk mereka sebelum menghembuskan nafas terakhir. Waris-warisnya berasa hairan kerana setahu mereka Mak Temah bukan orang berharta.
Perlahan-lahan Tok Ketua mengeluarkan kertas yang ditulis oleh arwah Mak Temah semalam dan memasang cermin matanya. Mukanya merah padam dan kertas tersebut jatuh daripada tangannya. Tiba-tiba Tok Ketua berlari keluar dari bilik tersebut. Anak sulong Mak Temah, Jamil mengambil kertas tersebut dari lantai dan membacanya. "Tolong jangan pijak salur oksigen aku Tok Ketua......! "

TETAMU TAK DIUNDANG

Sebelum aku nak tidur,nak story la dengan cerita seram dari plkn...

''Dorm tempat tinggalku dengan kawan-kawan masa tue di atas bukit,bersebelahan dengan padang golf.rasanya, tinggal satu minggu lagi plkn nie tamat. Malam tue,ntahlah kami rasa panas pulak…dalam 20 orang tue hanya aku,adnan,aidil,jimmy dengan saiful yang belum tidur.Tengah sembang-sembang tue si adnan yang tengah main gitar nie ajak kami angkat katil tuk tidur diluar dorm tue…kononnya bolehlah nyanyi-nyanyi sambil tgok bulan….kami pun dengan happynya, angkat katil pi ke luar dorm tue….Bila semua sudah baring di katil menghadap bukit,cerita punya cerita….time pulak la si jimmy nak pi buang air, dia tidur pun xselesa nie…so,aku p la temankan dia….kami tak pi tandas yang baru sebab jauh sangat. So kami pi tandas lama…Sampai di tandas,aku tunggu di luar….tandas tue ada dua tandas yang satu lagi tue bertutup gelap tapi ada bunyi orang mandi….lama jugak si jimmy tue di tandas n tandas yang sebelah nie bunyi mandi kejap ada pas tue senyap pulak…tiba-tiba,pintu tandas sebelah tue macam bunyi nak terbukak…so,aku pun membelakangkan tandas tue p tgok tempat lain…bila aku berpaling balik….bau wangi datang sepintas dekat aku…bulu romaku semakin meremang…hanya tandas tempat si jimmy tue still lagi bertutup….sebenarnya,dalam aku menunggu tue aku terdengar bunyi orang mengilai,tapi aku diamkan jerk. Bila jimmy dah kluar,dia just diam…tiba2 dia cakap ‘nanti aku cerita’…..bila sampi pi katil kami tue,kami tgok aidil,adnan ngan saiful bergegas masuk ke dalam dorm…diorang cakap nak masuk kejap…bila aku ngan jimmy duduk di katil,dia tanya aku…. ‘fai,ko ada dengar ka ada bunyi tadi’….xsempat aku nak jawab ‘ya’’….tiba-tiba suara mengilai tue datang lagi….aku ngan jimmy cepat-cepat baring……xsangka dalam baring menghadap laingit tue…..rupanya ada kain putih terbang sekitar tempat kami tue…dengan cepat n buat macam xda apa-apa aku terus ajak jimmy pi bawa masuk katil…..cemas kami mengangkat katil tue,suara tue pulak semakin kuat…..katil tue macam terasa ringan jerk bila suara tue makin jelas…..kami berebut tuk masukkan 2 bijik katil kami tue…sebab takut betul….kami pun lari nak pi dorm. Malang buat jimmy,dia tergelincir ngan selipar dia yang still basah tue…..bila aku dah masuk dorm,hanya kedengaran suara dia teriak panggil nama aku…

Esoknya,bila jimmy cerita balik….rupa-rupanya masa dia nak keluar dari tandas tue,dia ternampak sorang pompuan berambut panjang lalu perlahan keluar menyelinap dari tandas tue sambil merenung tajam ke arahnya….''

Selalu dengar orang cakap,kalau bulu roma kita tiba-tiba meremang dalam sunyi ertinya benda tue dekat ngan kita. Malam nie sebelum nak tido,cuba korang try imagine tgah nampak belakang badan korang tengah-tengah sunyi nie...kalau x pun try jeling2 ngan tempat gelap or celah-celah lubang tabir...mesti rasa macam sedang diperhatikan....eeeeeee.....S.E.L.A.M.A.T M.A.L.A.M.......

Monday, February 14, 2011

Kelahiran Kekasih Allah



Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Saturday, February 12, 2011

Jumpa Kawan Lama

Terima kasih bebanyak dengan laman sosial Facebook nie. Saya sangat terkejut dan teruja sekali bila dapat bertemu dengan orang yang dah lama saya tak jumpa hampir 19 tahun lamanya. Nasib baiklah nama ayah dia buat saya yakin untuk bertanya kalau dialah orangnya hahaha...bila saya tanya melalui PM, yup akhirnya memang dialah orangnya. xsangka orang yang selalu saya kacau masa kecik-kecik dulu dah besar panjang hahaha...
Sebenarnya dia adalah anak kepada kawan Arwah ayah saya, juga jiran masa tinggal kat rumah sekolah dulu...umur yang sama dan universiti yang sama rupanya hehehe...walaupun tinggal di daerah yang sama tapi xdapat jumpa.Facebook penghubung segalanya kikiki......

Bila dapat tahu yang dia dah berkerja di Labuan, pertemuan pun diatur sebab saya pun berniat untuk datang ke sana juga untuk latihan lanjutan kadet Palapes. Bila dah berjumpa, banyaklah cerita-cerita masa dulu diimbas kembali walaupun hanya saya jerk yang masih ingat kenangan lalu...hahaha...memanglah sebab sayalah yang selalu ganggu dia masa kecil dulu hehehe...Semua yang berlaku secara kebetulan, dalam pertemuan tue kami pakai warna baju yang sama...warna Hijau. xsangka jugak kami gunakan jenama dan model handfone yang sama hahahaha...dalam pertemuan 15 minit, saya terpaksa pergi sekejap untuk beli tiket feri ke Kota Kinabalu n dia pun nak masuk office dia...terima kasih untuknya sebab dah bagi saya coklat yang begitu banyak hahahaha...rancangnya nak berjumpa balik dalam pukul 1 petang, tapi dia terlambat n saya pun dah jadi penumpang terakhir feri sebab tunggu dia datang....nasiblah masa saya dah naik feri dia still lum datang,kalu x hanya lambaian jerk la yang kami dapat buat dari jauh hehehe.....apapun harap kami dapat berjumpa lagi......huhu....